Sunday, November 14, 2010

Memahami Wanita

Assalamualaikum

1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih,tetapi dia tidak menitiskan airmata,itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.
2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya,lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.
3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang(sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).
4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki,lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.
5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya,dia akan cair seperti coklat!!
6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian.
7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati,tolak cintanya dengan lembut,jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan,dia akan lakukan apa saja.
8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya,biarkan dia untuk seketika.Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia sorang kawan,cubalah tegur dia perlahan-lahan.
9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa.Muzik,puisi,lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.
10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni lansung tak berguna.
11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.
12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif,misalnya menghubunginya melalui telefon,si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat,tetapi sebaik saja ganggang diletakkan,dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh minit,semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.
13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita.Jadi jangan senyum sebarangan.
14. Jika kamu menyukai sorang wanita,cubalah mulakan dengan persahabatan.Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.
15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar,tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.
16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya.
17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya.Tanya dia sendiri!!
18. Selepas sorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.
19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis,cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.
20. Bila setiap kali gambar kelas keluar,benda pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya,kemudian barulah dirinya sendiri.
21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!
22. Satu ucapan 'Hi' sahaja sudah cukup menceriakan harinya.
23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.
24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik.
25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat,jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.
26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..
27. Senjata wanita adalah airmata!!
28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya(hadiah,bunga atau sekadar kad ucapan romantis).Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati.Dengan ini dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.
29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya.So,kalau nak memikat wanita pandai-pandailah...
30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.

Sukarelawan Johore

Assalamualaikum

Hai..saya baru je sampai dari Perlis..kami kontijen Johore mewakili Jabatan Pelajaran Negeri Johor telah menagadakan lawatan sebagai sukarelawan ke Negeri Kedah dan telah ke 3 buah sekolah untuk membersihkan sekolah2 yang terlibat dengan bencana banjir..Sememangnya berat mata memandang..berat lagi bahu yang memikul..

Sekolah pertama
S.K Lengkuas..disebabkan jalan yang sempit..maka kami warga sukarelawan seramai 59 orang terdiri daripada 20 jurulatih Pusat kokurikulum, guru-guru j-Qaf serta kaunselor dan juga turut turun padang adalah Timbalan Ketua Sektor telah berjalan kaki ke S.K Lengkuas..dan menghabiskan seharian membersihkan sekolah tersebut

boleh dikatakan sekolah tersebut mengalami kerosakan amat besar..boleh dikatakan 90% barang..semua buku serta peralatan musnah dalam bencana banjir baru2 ini

alhamdulillah dengan kudrat dan tenaga dari kami..mampu meringankan beban warga S.K Lengkuas untuk mermbesihkan kawasan sekolah yang hampir tiada apa dapat diselamatkan..air banjir naik dengan cepat dan barang-barang tak dapat diselamatkan.

sekolah kedua

S.K Sri Banai

gamabr akan diupload kemudian..tetapi apa yang mampu saya huraikan tentang skolah ini..
dua kali ganda kerosakan di S.K Lengkuas.
pagar sekolah yang dibina dengan simen dan batu juga runtuh ranap mencium bumi.
rumah di hadapan sekolah terbelah dua..bahagian dapur rumah hanyut ke kiri tapak asal..Maha suci Allah..betapa berkuasanya Engkau ya Rabbul Izzati..

pengalaman menjadi sukarelawan amat membuka minda dan menyedarkan saya tentang betapa pentingnya muafakat serta saling membantu antara saudara yang memerlukan.


SEMOGA MEREKA (MANGSA BANJIR) TABAH MENGHADAPAI SEGALA DUGAAN ALLAH

Tuesday, November 9, 2010

Bila Besar Nanti ...Nak Jadi Apa ek?

Assalamualaikum.

Hari ni seperti biasa la ..pelajar-pelajar kat kelas boleh bilang guna jari tangan je...pelajar perempuan ade 4 orang..masa math tadi..semuanya tak bawa buku..kalau sebelum ni cikgu masuk asyik buat muka tak ada perasaan and mengajar..and belajar..belajar...mengajar..belajar...hari ni...cikgu masuk and cakap yang buat mulut anak murid aku sedikit ternganga...(serius macma nak gelak tapi tahan and buat muke toye)

Cikgu: " Hari ni saya rasa kita tak payah belajar je...saya nak kongsi cerita dengan kamu"

Murid : " Biar BETIK!!!!"

Cikgu: " Bukan betik...pisang aje"
(budak yang empat ketul tu gelak bagai nak rak...memang sah...itu rupenye dipanggil lawak...baru aku paham)

cikgu tarik kerusi pegi duduk kat meja pelajar and start la conversation kami semua

kamu semua ni..bila besar nanti nak jadi apa

murid 1: saya rasa saya nak tolong nenek saya nyawit la cikgu

cikgu: ish..penat2 saya ajar..awak nk nyawit je? kalau nak nyawit je...tak payah skolah pun pandai

sambil budak tu buat muka terkejut dgn kenyataan aku
(ahhhh sudah...aku dah salah cakap...ayokkkkk maryam...mampos ko..nanti budak ni balik ngadu mak dia..abesssss la...)

cikgu: tak...maksud saya..kalau kamu nak buat kerja yang begitu..kamu tak perlu nak belajar rajin2..tak teringin ke nak ubah nasib keluarga
nak bawak mereka ke tahap satu anak tangga lebih tinggi dr apa yang kamu ada sekarang..tak pernah terfikir ke ..yang keluarga kamu hantar kamu ke sekolah untuk belajar agar kamu lebih hebat dari mereka

(dan babak yang tak ingin dilihat sekali lagi...mereka TERNGANGA...kali ni mungkin sebab apa yang aku cakap mula masuk dlm urat sarap depa kot)

KRINGGGGGGG! (loceng ni sejak hari raya aidilfitri dah tak bunyi kt skolah aku...and motif aku tulis kringgg ni kononnya menandakan waktu aku dah abis)

murid 2,3,dan 4 tak sempat nak tanya...sebab dengar mereka bercerita membuat saya sedar yang jiwa mereka sangat suci..hati mereka masih hijau...

Ya Allah lindungilah pelajar2 ku ...teguhkan iman mereka ya Allah dan jadikanlah mereka anak yang soleh dan solehah...


Word of the day

nyawit = istilah orang jawa kepada pekerjaan mengait buah sawit...ataupun dalam bahasa yang agak sopan Menyawit..(try check Kmus Dewan bahasa...tak wujud pekataan nehhhh)

atau bahasa pasor nye...NYAWIT!!!

p/s: setelah membaca entry ini...sila jangan NGOMPOL ye

Monday, November 8, 2010

numero Uno:: start with TQ

Asaalamualaikum

thank you..thank you..xie xie..nandre (sangat satu malaysia la kan) kepada murid saya cik comeeeel yang kiut (dah comel tambah kiut pulak...haippp ckop2  puji budak kecik nihhh) iaitu siti fairuz

kerana


tolong bangunkan blog ni...i already have my own blog which is memang hanya my circle of trust sahaja yang membacanya...and this new blog..lebih bersifat terbuka kepada semua (kira macam U rated la nih)..
student ..kawan2...orang awam...dan lain-lain (zaman dulu suka buat karangan guna ayat DLL ni)


fot this first post...i dedicated to Siti Fairuz dengan ucapan



thank you sayang...cikgu sayang kamu!

ni lah cik Siti Fairuz...
(jangan navigate ke page lain sbb anda berada di page yang benar...budak ni mmg suke buat mulut cenggini)

mungkin trend remaja sekarang (anyway bila mereka tua ..sumpah mereka akan berasa keji melihat gambar sendiri ketika mereka muda...very funny la fairuz)