Monday, March 14, 2011

pegi mampos!

assalamualaikum

i just learned that 'pegi mampos' word from a friend...

kalau orang tak biasa kadang2 bunyinye kasar

tp rasa hairan dengan kawan tersebut..kenapa nak BIASAKAN yang tak betul...dan BETULKAN yan tak biasa..

semoga dia beroleh hidayah olehNya

Tuesday, March 8, 2011

buah hati kami semua Mia Qaisara

i am a god mother of Damia Qaisara..im a bit proud of that title anyway

she's can hardly crawling right now...have a a cute couple of tooth and love to chat alone with the gu-gu-ga-ga language...

proudly presenting Damia Qaisara aka budak demok!


Sleeping beauty


 

uieeeee sexy




how could i left her with her shine eyes...
malu malu nyawwww


dan hujan juga
akhirnya
k

Bila lama tak sentuh gadget...

kBismilahirahmanirahim...

Assalamualaikum :)

dekat setahun jugak saya berpisah dengan boyfren No 2 saya...sebab di pinjam oleh enchek adik saya si najibhttp://www.facebook.com/profile.php?id=1825847627

masa cuti baru2 ni sempat la bermanja kejap dgn enchek boyfren no.2 ni...

and inilah hasilnya..tak menghampakan..seperti dulu...i love u mr.Nikon


puan Jaylee
damn...sangat dusty
macam best kan?
selamat sudah






Monday, February 7, 2011

SATU MASA DULU...saya seorang penulis..

assalamualaikum...
bismilahirahmanirahim

sila baca tajuk sbelum membuat apa2 konklusi

ye...final semester UPSI...ramai yan tak tahu...i write a tv drama script..saya tulis novel and ramai orang tak tahu..

but im okay...sekurang2nya bila tgk orang yang baca hasil karya kita..menonton hasil karya kita...a bit proud ..but...cakap kt diri sendiri..SILA JANGAN PERASAN wahai Maryam

ok... this is the one part of the one chapter yang aku tulis dlm masa sejam je kot..masa ni tgh tunggu kawan tak sampai2...
tiba _ tiba PLING!!!

sila baca cerita di bawah



Cinderella pun tiba dengan sepatu kaca hiasi kakinya..sang pangeran pun jatuh cinta padanya. 

Zulfa. Shah Alam, Malaysia. 

“Awak tahu tak bila awak dah mula jatuh cinta?”

Soalan dia yang aku takkan pernah lupa seumur hidup ku..hingga kini pertanyaan itu sering terimbas di kotak fikiran seketika aku merinduinya..wahai hati..berhentilah mengingati insan itu…
Dan jawapan itu juga menambah yakin yang aku sememangnya telah jatuh cinta padanya..TERLALU CINTA!

“bila… awak asyik tersenyum bila sebut nama saya,bila bibir kata tidak,tapi hati menjerit kata YA!, bila awak pejam mata awak masih nampak saya..tu tandanya awak cintakan saya..kan?”

Hmm..pergillah duhai kenangan…berhenti mengejar aku dan terus menyakiti ku lagi..
TUHAN..tolonglah hamba mu ini.

2.05 p.m
Dari hati seorang Zulfa 



Tenang.Setelah menulis diarinya sebentar tadi Zulfa mendapat sedikit ketenangan kerana tiba-tiba fokusnya tergugat dek mengingati insan itu. Menulis sememangya merupakan terapi untuk meredakan stress. Benar kata Datuk Fadzilah Kamsah dalam rancangan motivasi pagi yang sering Zulfa tonton sebelum bergerak ke tempat kerja.Stress itu boleh di elak dengan melakukan sesuatu yang rutin. Menulis diari juga menjadi rutin padanya.Zulfa menarik nafas dan tersenyum sekadar meminjam tenaga dari senyumnya untuk meneruskan separuh hari lagi waktu kerjanya. 

Kerjanya didalam syarikat yang menganjurkan majlis-majlis besar memerlukan dia bertemu dengan ramai pelanggan syarikatnya. Global Event Management telah menjadi platfrom pertamanya setelah melangkah keluar dari menara gading. Alhamdulillah setelah 4 tahun dia masih di sini. Masih cuba menyibukkan diri dan berusaha untuk menjadi pekerja terbaik namun dalam hati juga tetap berdoa agar dengan kerja yang tak pernah habis fikirannya dapat hilang sebentar dari mengingati Ameer Qayyum. Tetapi setelah 4 tahun apa yang Zulfa dapat, kenaikan pangkat menjadi pembantu kepada pengurus operasi syarikat tersebut dan skop tugasnya akan menjadi lebih banyak..dan bayangan Ameer juga tak pernah sirna..malah sering kuat rasa sayangnya itu.. ‘Kau memang sengal Zulfa!’ hatinya ketawa. 

Sejak memangku jawatan baru itu Zulfa rasakan tahap stress di dalam diri semakin sukar di kawal. BOSS! Kerjanya mengarah..yang bertindak orang bawahannya..dan orang yang sering di arah itu adalah aku..nak menyesal pun dah tak guna..gumam Zulfa dalam hati 

“Zulfa! Masuk ke bilik saya sebentar.Oh ya, suruh Ann bawakan fail event dari Sri Kota Medical Centre ” bunyi interkom dengan suara En.Fitri Azrai menberi arahan. 

“ Baik Encik Fitri”, balas Zulfa. 

Seraya itu dia melangkah ke meja Ann dan memberitahu arahan dari ketuanya itu, Ann dengan mencebikkan mukanya mula membebel tentang bosnya itu.Mungkin menganggu konsetrasinya menyuluh muka di cermin yang memang tersedia di meja Ann itu. Zulfa hanya ketawa dan berlalu ke bilik En.Fitri lantas mengetuk pintu biliknya yang sememangnya sentiasa terbuka itu sekadar menarik perhatiannya untuk menghentikan kerjanya dan mula menyambung urusan dengannya. Ann menyonsong dari belakang dan menyerahkan fail di atas meja Encik Fitri lalu pergi. Sempat Encik Fitri memesan pada Ann agar menutup pintu biliknya dan menjemput Zulfa untuk di kerusi tanpa menoleh sedikit pun ke arahnya. 

‘Ahh..sudah! aku salah buat apa pulak ni…’gusarnya di dalam hati. 

“Emm..Zulfa, saya mahu awak handle projek kita dengan Sri Kota ni. So, is there anything you wanna ask me?” soal Encik Fitri sambil menghulurkan fail yang ddiserahkan oleh Ann sebentar tadi ke tangan Zulfa. 

“ Nothing…saya ok je,” balas Zulfa positif menyambut fail tersebut dan mula menyelak helaian-helaian di dalamnya dengan fikiran kosong. 

“ hmmmm kerja lagi,” keluh Zulfa 

“Apa Zulfa?”, Encik Fitri tersentak dengan jawapan Zulfa sebentar tadi. 

“Erk!..Maaf Encik Fitri..maksud saya..err..saya minta maaf..tak ada apa-apa saya pun dah tak ingat apa saya cakap tadi,” balas Zulfa mula memikirkan sangat bodoh bunyi kelogikkan dia berbohong. 

Renungan tajam Encik Fitri menambah kekalutannya. 
Tanpa menunggu lama dia bersuara meminta izin untuk terus keluar dari bilik ketuanya itu.Setelah menutup pintu Zulfa menepuk dahi beberapa kali.. 

“ Ish kamu ni Zulfa kenapa boleh terlepas cakap pulak ni….,” sesal Zulfa. 

Dia sendiri pun tidak menyangka yang perkataan yang di ucap tadi terkeluar dan didengari oleh ketua.Seingatnya dia hanya mengeluh di dalam hati. moga-moga encik fitri tak marah padanya aminn..sambil menghembus pada blok nama ketuanya yang terpampang di pintu pengurus operasinya itu..hihihihi Cepat-cepat Zulfa berlalu untuk ke mejanya.tak ada masalah ..baik jangan cari masalah..SENGAL! 

Baru saja dia melabuhkan punggungnya, interkom di meja berbunyi lagi. 

“ Zulfa, Masuk bilik saya sekarang,” serius suara Encik Fitri Azrai memberi arahan. 

Dalam debaran dia mengeluarkan keluhan kecil. Ann yang selang dua meja darinya hanya ketawa melihat dia mengeluh. 

“Apa gelak-gelak, I makan you nanti baru tahu,” geram Zulfa. 

“ Makan I? makan lah..you makan dekat lemak-lemak degil ni ye..dah lama I exercise tapi taknak hilang juga lemak-lemak ni,” balas Ann dengan ketawa lagi besar sambil menunjukkan lengannya yang sedikit berisi itu. 

“ Ann I rasa bos you tu, nanti kalau dah kahwin..bini dia nak beranak susah,” serius Zulfa membuat auta. 

“ eh..ye ke? kenapa pulak ?” tanya Ann 

“ ye lah..tadi I dah jumpa dia cakap tak ada pa-apa dah..ni belum sempat panas punggung I, dia dah panggil balik..mak I cakap kalau orang cakap sekerat-sekerat nanti bila kahwin susah nak beranak..tapi disebabkan bos you ni lelaki dan tak boleh beranak..so bini dia lah akan susah nak beranak.kan?” ketawa zulfa meledak dengan ketawa Ann. 


“ kalau you jadi bini dia macam mana?” Ann menambah sambil matanya memandang ke atas dan buat-buat berfikir 

“ Kurang asam keping betul la you ni Ann, you nak cakap kalau I jadi bini dia nanti I lah yang susah nak beranak tu la eh. Isy mintak simpang la,” balas Zulfa sambil menadah tangan. 

Mendengar Encik Fitri Azrai berdehem beberapa kali membuat mereka berdua tersentak dan dengan sisa ketawa yang masih berbaki Zulfa melangkah ke bilik bosnya itu, 

“ Ya Encik, Encik Fitri panggil saya,” Zulfa memulakan bicara setelah melihat Encik Fitri penuh khusyuk dan tawaduq memadang kertas di depan nya sampai tak sempat mengangkat muka memandang ke arahnya. 

' Isy dia aku ni patung perhiasan ke nak berdiri macam mak guard dalam bilik dia ni..depan mata dia pulak tu..kalau dapat claim sebab jadi statue ni ok la jugak.malang sungguh aku ni dapat bos pekak badak aku dah berdiri kat sini dah nak masuk minit ke 3 dah siap tegur lagi dia boleh buat telinga kuali..sengal!!!!'.rungut zulfa di dalam hati. 

“ Ehem…,” Zulfa buat-buat berdehem. 

'Ingat kau seorang je boleh berdehem..aku pun boleh..lagi sedap dari suara kau tau! ' ngomel Zulfa lagi di dalam hati. 

“ Oh Cik Zulfa bila masuk..maaf saya tak perasan..sila..sila duduk,”arah Encik Fitri selamba. 

'Tak perasan! Dua kali malang..dah la pekak..mata pulak cap ayam..dia boleh tak nampak aku berdiri depan dia dah masuk minit ke 4…sengal!' hati Zulfa agak sebal. 

“ Err..tak apa..saya baru je masuk..saya memang tak kisah tunggu,” perli Zulfa sambil ketawa di buat- buat. 

Melihat dia membalas tawa ku agak berani aku ketawa dengan ketawa yang lebih kuat. Tetapi bila dia tiba-tiba buat muka seriusnya, terperanjat juga aku..isy bos ni tak betul kot.. 


AKAN BERSAMBUNGGGGGGGGGG DAAAAAAAAAAAAAAA 

Tuesday, January 4, 2011

twenty eleven journey

in the name of Allah the most merciful and forgiven


well its been ages i dont write here..

ok and that's the only i tell u..


bye

Saturday, January 1, 2011

HOLA..ITS new YEAR

ASSALAMUALAIKUM

i read a book of Tenas Affendy i found this quote was very hosemmmm (sampai rasa nak melompat sampai siling after read this) and i couldnt agree more...cheeseeeeee cake!( welll instead of using crap or another unpolite word...so i change it...senang cakap i ni dlm proses attidude Adjustment la..)


taraaaaaaa!!!

Adat  hidup berumah tangga,
Banyaklah hal perlu dijaga
Menjaga iman dengan ibadah
menjaga tuah dengan maruah
menjaga laku dengan karenah
menjaga aib jangan terdedah
menjaga malu jangan tersimbah
menjaga lidah jangan tersalah
menjaga langkah jangan menyalah
menjaga duduk jangan bertelingkah
menjaga tegak jangan rebah
menjaga KASIH jangan berubah.


Seperti sang serikandi,
Menjadi suluh dalam gelita
Menjadi penawar dalam duka
Menjadi penenang dalam duka
Menjadi penyejuk dalam derita
Menjadi penyabar dalam murka
Rumahnya tempat beradat
Tempat berunding bermuafakat
Tempat berhenti jauh dan dekat
Tempat berhimpun kaum kerabat
Tempat singgah taulan sahabat

Wednesday, December 29, 2010

another dedication to dato' haji ahmad (my abah)

IN THE NAME OF ALLAH

Mata tua yang memandang aku itu, Gundah...Pudar..
Ia tak mahu bilang apa yang mengcengkam jiwa usangnya..
Biar katanya biar

Wahai Ayahanda Berhentilah walau sebentar dan renungkan mata ku yang melaut.
Khabarkan yang jujur dan ujar 
Apa menyerahmu?

Wahai Ayahanda 
bercukuplah mengagah tulang rapuh mu,aku kan lemah mu, berikan jerihmu..kisahkan penat mu..aku mahu tahu

Mata tua yang bagai ada sakti dewa dewi itu..Harus senyum
Dipukaukan aku nan terus terpana dan terdiamkan...
Biar katanya biar 

Wahai Ayahanda 
Bisikkan nan walau sekali, izinkan aku menumpangkan bahu berikan aku seperca dari beban kamu..

Wahai ayahanda 
Lihatkanlah aku berlari kini
Melompat tinggi
Setiapnya kerna kau tak pernah pergi

Apa masih ingat lagi,
Aku suka lari-lari
Kau bagaikan tak peduli
Ku biar kau patah hati
Apa masih tidak lupa
Tenking jerit sama-sama
Makan tak mahu semeja
Sahabat lebih berharga
Apa mampu kau sudikan
Ampun maafku ku sujudkan
Bisa tidak kau teruskan
Ku sesat kau tunjuk jalan
Apa layak aku bagi..
Tak terbalas sampai mati..
Kau sungguh yang paling tinggi 
Istana mu..
Syurga Nanti..
Ayahanda Beta...Kekasih Beta..