Wednesday, December 29, 2010

another dedication to dato' haji ahmad (my abah)

IN THE NAME OF ALLAH

Mata tua yang memandang aku itu, Gundah...Pudar..
Ia tak mahu bilang apa yang mengcengkam jiwa usangnya..
Biar katanya biar

Wahai Ayahanda Berhentilah walau sebentar dan renungkan mata ku yang melaut.
Khabarkan yang jujur dan ujar 
Apa menyerahmu?

Wahai Ayahanda 
bercukuplah mengagah tulang rapuh mu,aku kan lemah mu, berikan jerihmu..kisahkan penat mu..aku mahu tahu

Mata tua yang bagai ada sakti dewa dewi itu..Harus senyum
Dipukaukan aku nan terus terpana dan terdiamkan...
Biar katanya biar 

Wahai Ayahanda 
Bisikkan nan walau sekali, izinkan aku menumpangkan bahu berikan aku seperca dari beban kamu..

Wahai ayahanda 
Lihatkanlah aku berlari kini
Melompat tinggi
Setiapnya kerna kau tak pernah pergi

Apa masih ingat lagi,
Aku suka lari-lari
Kau bagaikan tak peduli
Ku biar kau patah hati
Apa masih tidak lupa
Tenking jerit sama-sama
Makan tak mahu semeja
Sahabat lebih berharga
Apa mampu kau sudikan
Ampun maafku ku sujudkan
Bisa tidak kau teruskan
Ku sesat kau tunjuk jalan
Apa layak aku bagi..
Tak terbalas sampai mati..
Kau sungguh yang paling tinggi 
Istana mu..
Syurga Nanti..
Ayahanda Beta...Kekasih Beta..

No comments:

Post a Comment